
hari ni aku nak citer pasal salah satu kegemaran aku iaitu komik cinta...
aku start baca komik jenis ni masa aku sekolah menengah..
masa tu tingkatan 4.. aku berkenalan dgn seorg budak perempuan yg aku gelar sbg cartoonist...
dia pandai melukis watak2 dlm komik jepun.. dan ade juga wat citer.. yg paling menarik biodata dia pun dia wat komik... masa tu aku x minat lg...
nak dijadikan cerita pada raya ntah bila aku pun x ingat.. aku gi raya umah cik lin kwn baik aku, sekali tu aku ternampak satu komik.. ia komik cinta.. aku pun baca la... jalan ceritanya mmg menarik.. aku nak citer balik mmg aku mintak maaf bnyk2 la.. pasal dah lama sgt... x ingat.. hehehehe...
start drpd ari tu la aku mula membeli komik citer tp x bnyk pun koleksi aku.. adelah dlm 13 buah buku... ye la, bukan senang nak mintak duit drpd mak nak beli buku ni.. klu dpt kumpul duit je baru blh beli... lgpun mak aku rasa x berbaloi beli buku jenis komik ni... nak wat camna disebabkan terlampau suka baca buku komik cinta ni, aku beli senyap2 tanpa pengetahuan mak aku... hehehehe..;->
komik yg paling aku suka ialah kamikaze girl koleksi gempak starz... mmg best jalan citer dia... aku citer sikit ok.. Mengisahkan momoko yg merupakn seorg gadis lolita yg merasakan dirinya seolah-olah terperangkap di dunia keliling yg serba mapan. Ketika asyik mengimpikan kehidupan yg lebih berwarna ala zaman Rococo(gaya abad ke 18 di perancis), dia bertemu dgn Ichigo(Ichigo ni perempuan tau), ahli geng motor yg hidup hanya berlandaskan kejujuran, setia kawan dan buku lima. Tanpa sedar jadinya, terciptalah sebuah persahabatan yg lari dari kelaziman tatkala mereka bersatu dalam mencari penyulam lagenda - yg kebarangkalian mampu menjadikan impian mereka selama ini lebih sekadar bertanggam di minda...... walaupun kisah percintaan dlm citer ni sikit tp ia menonjolkan persahabatan yg bermakna... Walaupun Momoko dan Ichigo amat berbeza sekali perwatakan mereka, mereka merupakan sahabat baik... Momoko sanggup buat ape sahaja demi Ichigo dan begitu juga Ichigo sebaliknya...
itulah yg membuatkan aku suka sangat dgn kamikaze girl... pada pendapat aku persahabatan amat penting dlm kehidupan... suka atau duka kita kongsi dgn kwn baik kita.. tiada kawan hidup kita x bermakna... betul x??
13 koleksi komik cinta aku :

1. kamikaze girl
2. plastic baby
3. cinta di burger time
4. penguin prince
5. 143 siri maskeret cinta
6. kelayakan cinderella
7. ubatku
8. nakalnya setan cinta
9. puteri dan cinderella
10. pengikat jodoh nanako
11. dreams come true
12. pengantin belot
13. misteri percintaan turki
kamikaze girls, penulis asalnya Takemoto Novara dan pelukis Kanesada Yukio..
koleksi gempak starz
.jpg)
2 comments:
kat mne ko bli cite kamikaze girls tu aq dah lme cari tp x jmpe r
nak tanya, siapa penulis komik pengantin belot?
Post a Comment